Link Pautan

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
INI ADALAH BLOG SISIPAN KEPADA BLOG PPPKMNS-Caw.SEREMBAN SELATAN. UNTUK APA-APA IKLAN, SILA KE HALAMAN UTAMA ATAU HUBUNGI ADMIN DAN MODERATOR BLOG - PPPKMNS .TERIMA KASIH

SENARAI BIRO


1) Biro Ekonomi  Dan Pembangunan – Portfolionya mencari peluang-peluang perniagaan baru kepada ahli-ahli. Menaik taraf perniagaan ahli-ahli agar lebih berdaya maju. Mamantau perkembangan semasa perniagaan ahli-ahli dan mengenal pasti masalah-masalah mereka seterusnya melapor kepada AJK Utama.
Ketua : En. Mohd Yusof b. Wahab
            Penolong : Hj. Zubir b. Hj. Dahari

2) Biro Kebajikan Dan Agama – Portfolionya menjaga kebajikan ahli-ahli, mewujudkan skim khairat kematian, menyelaras bantuan kepada ahli-ahli yang sakit, yang dirawat di hospital dan lain-lain skop tugas yang akan diperhalusi dari semasa ke semasa.
Ketua : En. Muhamad Nasir b. Maarom
            Penolong : Pn. Azizah bt. Mahmud

3) Biro Penjaja-Penjaja Bergerak – Portfolionya untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga bergerak termasuk karenah birokrasi mendapatkan lesen, mewujudkan satu sistem dan mekanisma sesuai agar peniaga-peniaga bergerak seperti peniaga pasar malam dapat menonjolkan imej persatuan secara jelas.
Ketua : En. Ifendi b. Ishak
            Penolong : Pn. Norazah bt. Baharin

4) Biro Sukan Dan Rekreasi – Portfolionya mengkoordinasi aktiviti-aktiviti kesukanan seperti sukaneka keluarga, menyertai acara-acara sukan anjuran persatuan yang berkaitan, mendapatkan slot dalam perbarisan hari Kemerdekaan, Maulidur Rasul dan beberapa perkara yang akan diperhalusi lagi nanti.
Ketua : En. Mohd Halim b. Mohd Nor
            Penolong : En. Badar Hisham b. Mohd Noh

5) Biro Media dan Penerangan – Portfolionya ialah untuk mempromosi PPPKMNS-Caw. Seremban Selatan, membuat kemas kini halaman blog, penyediaan buletin persatuan dalam lain-lain skop tugas yang akan diperhalusi dari semasa ke semasa. Berurusan dengan pihak media tempatan.
            Ketua : En. Zolhisyam b. Md Yusof
            Penolong : En. Tajol Ariffin b. Hasan

6) Biro Pengurusan Majlis Dan Acara – Portfolionya memastikan perjalanan sesebuah majlis lancar termasuk dari segi susun atur, tentatif, kebersihan dan katering.
Ketua : Pn. Fatimah bt. Shidztamiyah
            Penolong : Pn. Norhisham bt. Hj. Ithnin

Tukang Merapu