Link Pautan

BINA JENAMA ANDA BERSAMA KAMI
INI ADALAH BLOG SISIPAN KEPADA BLOG PPPKMNS-Caw.SEREMBAN SELATAN. UNTUK APA-APA IKLAN, SILA KE HALAMAN UTAMA ATAU HUBUNGI ADMIN DAN MODERATOR BLOG - PPPKMNS .TERIMA KASIH

Khamis, 1 Disember 2011

SEJARAH PENUBUHAN PPPKMNS





Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan ditubuhkan lewat tahun 1973. Alamat berdaftar terkininya ialah di 2-08 Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, 70200, Seremban Negeri Sembilan dengan nombor pendaftarannya ialah 339 NS. Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Sembilan atau ringkasnya PPPKMNS mempunyai 9 cawangan dengan anggaran keahlian melebihi 10 ribu orang.
Mulai 2008, PPPKMNS diterajui oleh YDP barunya iaitu YBhg Dato' Hj. Zainol Ishak yang juga merangkap YDP PPPKMNS Caw.Jempol. Dato' Hj. Ishak seterusnya melakukan banyak tranformasi terhadap persatuan termasuk persatuan-persatuan cawangan. Mana-mana PPPKMNS cawangan yang tidak aktif telah diarahkan menstruktur semula pentadbirannya agar dapat memainkan peranan dalam membantu dan memperjuangan peniaga-peniaga kecil Melayu.
Dengan menjadi ahli gabungan PPPKM (Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Malaysia), persatuan sebenarnya membawa suara ahli-ahli yang terdiri dari peniaga-peniaga Melayu seramai lebih kurang 1/2 juta orang. Dato' Hj Zainol Ishak terus membawa visi dan misi persatuan bagi memastikan peniaga-peniaga Melayu tidak dipencilkan dalam merebut peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan Malaysia.

02. PPPKMNS - Cawangan Seremban Selatan
YDP - En. Mohd Yusof Wahab (Pemangku). Tel: 014-3382082. Alamat : Perniagaan Yusof/Tmn Sri Kasih
03. PPPKMNS - Cawangan Seremban Bandar
YDP - Asmadi Mat Nasir. NYATO TEGOH ENTERPRISE. Tel: 016 - 217 7108. Alamat: 199 JALAN MATAHARI 5, TAMAN MATAHARI HIGHTS, 70450 SERMBAN, NS.
04. PPPKMNS - Cawangan Tampin
YDP - Mohd Jamalulail Mohd Yatim
05. PPPKMNS - Cawangan Jelebu
YDP - Zulkarnain Zakaria
06. PPPKMNS - Cawangan Rembau
YDP - Pn. Norizan Tamby PMC, PJK
07. PPPKMNS - Cawangan Port Dickson
YDP - Dato' Abu Bakar Deli DSNS, PMC, PJK
08. PPPKMNS - Cawangan Jempol
YDP - Tuan Hj. Zainol Ishak DSNS, JP, PMC, PJK
09. PPPKMNS - Cawangan Kuala Pilah
YDP - En. Ismail Mohd Yusuf (Pemangku)

Photobucket

Rabu, 30 November 2011

GABEM ANJUR FORUM "MELAYU DAN KEUSAHAWANAN"


Pengerusi Eksekutif PKNNS, Dato' Yusof Yunus selaku ahli panel ketiga membentangkan kertas kerjanya bertajuk " Peluang-peluang di PKNNS".



YB Dato' Yunus Rahmat terpaksa duduk bersama audiens mendengar forum sedang berlangsung.

RATA-RATA ahli panel membuatkan audiens terkesima bila memperkatakan tentang Melayu dalam dunia perniagaan. Kata mereka orang Melayu belum pandai 'senyum' malah bersifat segan silu bila berdepan pelanggan mereka. Walhal orang Melayu adalah dulunya pelaut, ini bermakna mereka tergolong orang pedagang. Pernah berniaga apatah lagi mengembara sampai ke lautan teduh.

Sesekali barulah hadirin memecah kesunyian; "ya betul, betul" bila tiba ahli panel membentang fakta dan angka untuk menerangkan sejelas-jelasnya kedudukan usahawan Melayu yang sudah mula mencapai tahap membanggakan dalam dunia bisnes.
Senario ini memperlihatkan betapa terkesan dalam jiwa audiens bila forum anjuran GABEM dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan Perkasa yang berlangsung di Dewan Seri Minang, Pejabat Risda Negeri pada 29 Oktober 2011 lalu, yang dibentang oleh empat ahli panel berwibawa.

Ahli-ahli panel terdiri daripada:

1. Tuan Haji Sahlan bin Sarudin, Pengurus Besar GABEM Ventures yang membentangkan kertas kerja bertajuk - Patriotisme Ekonomi Bumiputera.

2. Puan Rahmah Jaafar (SME Bank) - Dana-dana Pembiayaan.

3. Y.Bhg. Dato' Hj Mohd Yusof Yunus, Ketua Eksekutif PKNNS - Peluang-peluang di PKNNS.

4. Y.Bhg. Dr. Wan Sabri Wan Hasssan, Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar, Kolej Poly-Tech Mara - Pencapaian Usahawan Melayu.

Sementara itu forum dikendalikan dengan baik oleh moderator Profesor Emeritus Dato' Dr. Abd. Samad Abd. Hadi.

Majlis forum agak lewat dimulakan kerana kehadiran peserta masih kurang seperti jadual asal iaitu pukul 9.00 pagi. Walau bagaimanapun forum diteruskan juga sehinggalah audiens memenuhi ruang dewan.

Yang Berhormat Dato' Hj Yunus Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Pengerusi GABEM Negeri Sembilan menepati janjinya bila tiba di Dewan Seri Minang tepat pukul 11.00 pagi untuk merasmikan upacara penutup. Tetapi Yang Berhormat terpaksa duduk dulu bersama audiens kerana forum masih berlangsung, ditambah lagi dengan masa soal jawab forum.

Antara objektif utama forum ini diadakan ialah:

  1. Menanam semangat keusahawan kepada para usahawan selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  2. Membuka minda para peserta agar dapat memainkan peranan secara lebih aktif dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi Melayu.
  3. Memberi penerangan dan penjelasan berkenaan dana-dana perniagaan.

Usai majlis penutup, penyampaian cenderamata dilakukan oleh Dato' Mohd Yusof Yunus, Ketua Eksekutif PKNNS kepada ahli-ahli panel dan juga untuk YB Dato' Yunus Rahmat.

DI MANA PERANAN GABUNGAN PPPKM SEBENAR

DI MANA peranan Gabungan Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Malaysia selama ini boleh dipersoalkan. Apakah mereka berada di zon selesa atau sememangnya sudah ada perancangan sistematik lagi konkrit bagi menangani masalah longgokan peniaga-peniaga asing sama ada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Shah Alam mahupun di mana-mana pasar malam yang berselerak di serata negara. Mungkin kita juga boleh menyalahkan rakyat kita sendiri yang suka mencari jalan pintas - mahu kaya cepat dan duduk senang di rumah dengan cara mengalibabakan premis perniagaan mereka kepada warga asing.

Mari kita tinjau dan analisis surat terbuka pendapat anak muda terhadap fenomena ini.

JANGAN BIAR WARGA ASING KUASAI PERNIAGAAN DI KL
Laporan akhbar mengenai longgokan pendatang asing menjadi peniaga di Kuala Lumpur baru-baru ini menarik minat saya memberi sedikit ulasan. Sebagai generasi muda, saya kecewa dengan senario ini kerana tidak ada pihak yang memandang serius mengenainya. Saya sebagai bakal graduan amat malu kerana pihak berwajib hanya membiarkan perkara itu berlarutan sehingga menjejaskan mata pencarian anak Malaysia. Bukan sahaja Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) malahan kawasan Jalan Chow Kit juga menjadi tumpuan warga Indonesia sehingga saya merasakan berada di luar negara.

Kita kena tegakkan nasib kaum bumiputera di Malaysia. Jangan kerana dek rasuah habis negara tergadai. Peniaga dari Pakistan dan negara-negara lain dikatakan mempunyai sejumlah wang modal yang besar dan tidak hairanlah jika ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab meminta duit daripada warga asing ini sebagai perlindungan. Mungkin disebabkan terlalu asyik meminta 'duit kopi' sehingga pihak tertentu ini tidak sedar yang perniagaan di Jalan TAR sudah dimonopoli warga asing. Jalan TAR hanya tinggal nama sahaja. Tetapi sayang, generasi kini telah 'menggadaikannya' dan membiarkan jalan ini dijajah.

Seperti yang kita sedia maklum , berniaga merupakan salah satu cara untuk menaikkan taraf ekonomi seseorang, juga merapatkan jurang ekonomi serta menaikkan taraf hidup sesebuah keluarga. Tetapi adakah masih ada peluang dan masihkan relevan untuk bumiputera berniaga dalam kalangan warga asing?

Sekiranya anda pernah ke Plaza Low Yat untuk membeli komputer riba, pasti anda juga perasan kehadiran warga Pakistan yang memonopoli bisnes ini. Paling menyedihkan saya apabila rakyat Malaysia menjadi pekerja kepada warga Pakistan. Fakta ini bukan sahaja menyedihkan tapi amat memalukan.

Isu monopoli oleh warga asing ini bukan hanya tertumpu di Jalan TAR, tetapi di seluruh negara. Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia, hak atas semua aktiviti ekonomi adalah untuk rakyat. Jangan menganaktirikan bumiputera di tempat lahir mereka sendiri.
- Generasi Muda, Kuala Lumpur.

Gabungan PPPKM harus mencari jalan terbaik menangani perkara tersebut. Sekiranya dibiarkan berlarutan bandar-bandar besar akan dimonopoli oleh golongan ini. Gabungan seharusnya turun padang dan lihat sendiri senario yang memalukan ini serta mengambil langkah untuk mengekang masalah ini agar persaingan ekonomi yang sihat dalam kalangan kaum bumiputera dapat diwujudkan.

Tukang Merapu